Debat cetus fenomena baharu dalam landskap politik Malaysia
Iklan
BIARPUN budaya debat sudah lama berkembang di Malaysia, namun ia bukan satu tradisi dan amalan biasa digunakan bagi memilih seorang perdana menteri seperti diamalkan untuk memilih ketua negara atau presiden di negara maju umpamanya di Amerika Syarikat (AS).
Di AS, memang menjadi amalan dan budaya iaitu calon presiden dari Parti Republikan dan Demokrat wajib berdebat bagi menentukan individu paling layak memegang jawatan nombor satu itu.