Formula UMNO untuk pikat pengundi atas pagar
Iklan
Penganalisis politik yakin UMNO-BN mampu mengulangi kejayaan besar meraih dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU11 jika formula tersebut dilaksanakan
SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu memecahkan kebergantungan menang pilihan raya dengan jumlah undian penyokong tegar semata-mata, hanya sekiranya dua tokoh besar dalam parti itu mempertimbangkan kesediaan bersara politik secara sukarela.
Lebih menarik, penganalisis politik veteran, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling berkeyakinan kunci utama untuk UMNO-BN kembali meraih sokongan pengundi atas pagar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah melalui kesanggupan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundurkan diri serta-merta.