UMNO setuju, PH setuju, Ahmad Maslan persoal parti mana tak sokong?
Iklan
MOU kerajaan dan PH ibarat 'sudah ke laut' jika anggota kabinet sendiri tidak menyokong pembentangan RUU Anti Lompat Parti ke Parlimen, kata Setiausaha Agung UMNO
SHAH ALAM - Kegagalan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara parti membentuk kerajaan sekarang mungkin menjadi punca utama pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat seperti dijadualkan pada Isnin ini, terpaksa ditunda.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau percaya pembentangan RUU Akta Anti Lompat Parti terpaksa ditunda kerana ramai anggota kabinet tidak bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan akta baharu berkenaan.