Pemilihan kali ini pertembungan generasi
Iklan
Pegawai Khas Politik kepada Presiden PKR tidak melihat pemilihan PKR adalah pertembungan ideologi terutamanya tentang rancangan khemah besar
SHAH ALAM - Menjelang hari pencalonan pemilihan jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) penggal tahun 2022-2025 pada Isnin, seorang pemimpin parti itu mengenepikan andaian satu pertembungan idea hala tuju parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal tercetus dalam kalangan pemimpin-pemimpin yang bertanding.
Sebaliknya, Presiden Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia, Mohd Yusmadi Yusoff berkeyakinan pertembungan yang berlaku kelak tidak lebih sekadar pertembungan generasi kepimpinan PKR yang kini melewati empat generasi.