AMK kecam pemecatan Zakaria, Ismail

Iklan
Nazree Yunus.

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan mengecam pemecatan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk seorang anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid.

Naib Ketua AMK, Nazree Yunus berkata, keputusan parti memecat Zakaria dan Ismail Dulhadi tanpa dipanggil untuk membela diri memperlihatkan prinsip reformasi ‘dibakul sampahkan’ oleh parti berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebagai pimpinan sayap AMK yang dipilih majoriti anggota konsisten berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan slogan ‘reformasi’, saya mengecam keras keputusan parti dan mendesak parti segera bermuhasabah untuk mengembalikan Keadilan (PKR) kepada asas perjuangannya.

"Bermuhasabahlah kerana rakyat sedang menilai dan memerhati setiap tindakan dan keputusan kita,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rasuah: Dua ahli PKR Pahang dipecat serta-merta

Iklan

Semalam, Zakaria yang juga Ketua PKR Cabang Bera dan Ismail iatu bekas Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Baru Bian dipecat serta merta kerana disyaki terbabit dalam isu rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu.

Pemecatan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin PKR dikatakan menerima bukti kukuh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan

Nazree turut menyifatkan keputusan itu amat menyedihkan kerana ia dibuat pada hari sama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan parti itu perlu kembali kepada idealisme dan slogan reformasi di Konvensyen Reformis di Shah Alam semalam.