Siasatan kes scammer ambil masa kerana prosedur tertentu
Iklan
SHAH ALAM - Siasatan membabitkan kes penipuan dalam talian sememangnya mengambil masa dan ia bukan disebabkan kerenah birokrasi melibatkan pihak polis dan bank semata-mata.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Nazri Mohd Noor berkata, proses tersebut perlu mengikuti prosedur tertentu secara teratur sebelum pendakwaan boleh dilakukan.