Lelaki terjatuh Sungai Golok ditemukan lemas

Iklan
Anggota PPDA membawa jenazah mangsa ( Gambar kecil: Ahmad Nazri) selepas ditemui 100 meter daripada tampat dia dipercayai terjun. Gambar kecil: Ahmad Nazri

RANTAU PANJANG - Seorang pemuda yang terjatuh ke dalam Sungai Golok semalam ditemui lemas berhampiran pangkalan gergaji dekat sini hari ini.

Mayat Ahmad Nazri Abd Aziz, 22, ditemui pada jam 4.10 petang oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 100 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Operasi mencari diketuai Ketua Zon Kota Bharu, Syobirin Abdul Kadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dikhuatiri hilang dipercayai terjatuh Sungai Golok

Sinar Harian semalam melaporkan seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Golok sekitar jam 6.50 petang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.

Iklan
Anggota PPDA membawa jenazah mangsa selepas ditemui 100 meter daripada tampat dia dipercayai terjun. FOTO: JBPM