Penasihat kewangan bank didakwa pecah amanah RM716,000

Iklan
Gambar hiasan.

BUTTERWORTH - Seorang penasihat kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan memperdayakan mangsa dan pecah amanah wang pelaburan melibatkan wang sejumlah RM716,000.

R Ganeson, 33, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang membuat pengakuan itu dan meminta bicara selepas semua kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norhayati Mohamad Yunus.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, Ganeson dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan wang RM716,000 bagi tujuan pelaburan di mana mangsa tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdaya.

Ganeson didakwa melakukan penipuan itu antara Jun hingga Oktober tahun ini di sebuah bank di Taman Inderawasih, Jalan Chain Ferry di sini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Iklan

Bagi enam lagi pertuduhan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, Ganeson didakwa dengan curangnya melakukan pecah amanah jenayah dengan mengambil semua wang terbabit daripada mangsa dalam tempoh Jun hingga Oktober tahun ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 21 Jun, 24 Julai, 13, 20, 23 September dan terakhir pada 23 Oktober di antara jam 8 pagi hingga 5 petang di cawangan bank tempat dia bekerja.

Iklan

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya JG Kaameni manakala tertuduh di wakili peguam Sukhdave Singh.

Hakim Norhayati membenarkan jaminan RM30,000 bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi tertuduh dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan tarikh 2 Januari 2020 sebagai tarikh sebutan semula. - Bernama