Harga kit ujian RTK berbeza-beza
Iklan
Harga perkhidmatan ujian saringan ditawarkan di klinik swasta bagaimanapun masih pada kadar boleh diterima
SHAH ALAM - Perbezaan kos melaksanakan ujian RTK antigen di klinik-klinik swasta berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya kos operasi, lokasi dan penggunaan jenama berlainan bagi alatan ujian berkenaan.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, kos operasi bagi sebuah klinik swasta adalah berbeza bergantung kepada lokasinya sama ada ia berada di bandar ataupun luar bandar.