Pusat jagaan perlu diwajibkan berdaftar dengan JKM
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan perlu segera meminda Akta Pusat Jagaan 1993 yang dilihat lompong kerana tiada syarat wajib untuk pusat jagaan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi berkata, lesen untuk pusat jagaan juga mestilah diberikan fokus yang penting dan mendalam dengan mengadakan prosedur ketat untuk sebarang kelulusan penubuhan pusat jagaan.