GLIC, GLC pemangkin pemulihan pembangunan pasca pandemik
Iklan
KECEMERLANGAN merupakan satu perjalanan dan bukannya destinasi. Inilah konsep yang saya amalkan sejak dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Mac 2020. Pada ketika itu juga, Covid-19 mula menjejaskan ekonomi negara dan kesihatan awam.
Sepanjang dua tahun yang lalu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai pakej bantuan berjumlah RM530 bilion, dengan majoritinya merupakan langkah jangka pendek dan sederhana.