'Saya pernah ditawarkan jutaan ringgit untuk lompat parti'
Iklan
Rodziah calon Ketua Wanita PKR dedah mengenai tawaran pernah diterimanya untuk jadi pengkhianat PKR
BATU PAHAT - Calon Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rodziah Ismail mendedahkan beliau pernah ditawarkan jutaan ringgit oleh pihak tertentu untuk melompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menegaskan beliau masih kekal untuk bersama PKR atas dasar politik nilai dan perjuangan rakyat yang dipegangnya selama ini dan bukan sekadar bersandarkan perjuangan poket sendiri, keluarga dan kepentingan peribadi.