‘Beraya di rumah keluarga lebih seronok’
Iklan
Perantau pilih bermalam di rumah ibu bapa menyambut Aidilfitri ini berbanding hotel atau inap desa
SHAH ALAM - Kebanyakan anak perantau mengambil keputusan untuk pulang beraya dan bermalam di rumah keluarga bagi meluangkan masa bersama yang tersayang semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati, keputusan tersebut diambil bagi mengubati rasa rindu terhadap ahli keluarga setelah dua tahun tidak dibenarkan berkumpul untuk menyambut perayaan.