'Poster boy' tak beri keyakinan rakyat pilih parti
Iklan
SHAH ALAM – Penamaan calon Perdana Menteri atau 'poster boy' bagi gabungan parti-parti politik masing-masing masih tidak memberikan keyakinan kuat untuk rakyat memilih mana-mana parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, ini dapat dilihat bagaimana Perikatan Nasional (PN) mengemukakan ‘Abah’ atau Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebagai 'poster boy' dalam kempen mereka yang dilihat ‘tidak mengena’.