PasLeak: Jika sahih, itu pandangan pemimpin tertentu, tidak mewakili Pas
Iklan
Mursyidul Am Pas berpendapat kebocoran minit mesyuarat adalah khabar angin diusahakan pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin kerajaan.
SHAH ALAM - Pendedahan kandungan minit mesyuarat bocor melibatkan sebilangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) merancang strategi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tular sejak semalam atau lebih dikenali PasLeak, mungkin sekadar khabar angin yang diusahakan musuh politik untuk melaga-lagakan pemimpin kerajaan.
Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan, sekiranya dokumen sulit itu sahih sekali pun, ia hanya dianggap pandangan peribadi pemimpin tertentu dalam Pas dan bukan mewakili parti itu.