Cadangan TMJ perlu diambil kira bersama kompetensi pihak terlibat
Iklan
SHAH ALAM - Cadangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung pindaan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu diambil kira bersama dengan kompetensi pihak-pihak yang terlibat.
Naib Presiden Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Fatin Nur Majdina Nordin berkata, saranan tersebut perlu diberi perhatian dan dilakukan dengan lebih teliti memandangkan ia melibatkan banyak pihak seperti agensi, jabatan berkaitan serta pihak pengurusan pusat jagaan.