Ahli politik ‘bersih’ dari rasuah akan dicontohi kakitangan awam
Iklan
SHAH ALAM - Sistem eksekutif dan kehakiman perlu melalui semak dan imbang dengan betul bagi mengelak ia merosakkan budaya dan integriti masyarakat.
Presiden Usahawan Graduan Malaysia, Datuk Muzamir Mustafa berkata, hal ini kerana sistem tersebut dikawal oleh ahli-ahli politik yang akan menyebabkan rasuah akan tetap berlaku.