Menantu Hadi sedia ketuai gerakan penyingkiran
Iklan
'Saya pernah ketuai gerakan singkirkan 'Jebon', insya-ALLAH saya sendiri akan ketuai satu gerakan untuk singkir pemimpin terlibat PasLeak jika benar.' - Zaharuddin
SHAH ALAM - Pemimpin Pas yang terbabit dalam usaha terancang mempercepatkan proses hukuman penjara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar disingkirkan daripada parti jika dokumen didedahkan oleh PasLeak adalah benar dan sahih.
Bagaimanapun, menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad mempersoalkan kesahihan dokumen minit mesyuarat atau PasLeak yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO.