Sudah tiba masa longgarkan SOP pelitup muka
Iklan
Ia berikutan penurunan jumlah kes harian dan kematian akibat Covid-19 di Malaysia sekarang ini
SHAH ALAM - Pakar kesihatan awam menyambut baik cadangan kerajaan untuk mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik Covid-19.
Setiausaha Kehormat, Akademi Perubatan Pekerjaan dan Alam Sekitar Malaysia, Dr Marzuki Isahak berkata, beliau melihat kesediaan kerajaan memberikan kelonggaran kepada SOP pemakaian pelitup muka adalah tepat berikutan penurunan jumlah kes harian dan kematian akibat Covid-19 di Malaysia sekarang ini.