Tol percuma, diskaun Aidilfitri beri kelegaan kecil kepada 32 juta rakyat
Iklan
Inisiatif terkini kerajaan itu bertepatan dalam mengurangkan beban rakyat yang masih terkesan dengan Covid-19, kata Profesor Ekonomi Universiti Sunway.
SHAH ALAM - Langkah kerajaan dan 30 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun sempena sambutan Aidilfitri pada 3 Mei pastinya memberikan kelegaan kecil kepada 32 juta rakyat Malaysia ketika ini.
Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata, pada saat kos kehidupan seharian rakyat masih tinggi di samping isu kadar inflasi global sedang meningkat, inisiatif terkini itu dianggap bertepatan dalam mengurangkan beban rakyat yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19.