Tol percuma: Bukti kerajaan pimpinan UMNO sentiasa prihatin dengan masalah rakyat
Iklan
Langkah tersebut menunjukkan Perdana Menteri memahami masalah peningkatan kos sara hidup, harga barangan dihadapi oleh rakyat sekarang - Ahmad Jazlan
SHAH ALAM - Pemberian tol percuma dan potongan harga hingga 50 peratus akan diberikan kepada pengguna lebuh raya utama negara sempena Hari Raya Aidilfitri bukti kerajaan pimpinan UMNO sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat.
Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, langkah berkenaan juga menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan hanya prihatin, malah memahami masalah peningkatan kos sara hidup dan harga barangan dihadapi oleh rakyat sekarang.