Aisyah masih perlu RM11,125
Iklan
Nur Aisyah Aleesa ditemani bapanya di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan TPN.
JELI - Bayi yang menghidap masalah usus pendek atau Short Bowel Syndrom (SBS), Nur Aisyah Aleesa Mohd Azreen masih memerlukan sejumlah RM11,125 bagi membolehkannya menjalani rawatan pemakanan parenteral atau Total Parenteral Nutrition (TPN) di rumah.
Ibunya, Che Rosniarma Mohamad Nor, 31, berkata, jumlah itu masih terlalu besar bagi dia dan suami, Nor Azreen Ibrahim, 27, biarpun lebih RM8,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai.
Iklan
Iklan
"Saya dan suami sangat berharap Aisyah dapat jalani TPN di rumah dengan segera. Terlalu rumit untuk berulang alik ke hospital (Hospital Raja Perempuan Zainab II), lebih-lebih dalam keadaan saya yang tengah berpantang anak kedua.
"Tapi pagi tadi (semalam) Aisyah masih perlu ke hospital untuk buat TPN sebab kami tidak mampu lagi menyediakan peralatan bagi membolehkan rawatan berkenaan dilakukan di rumah," katanya.
Iklan
Che Rosniarma berkata, kali ini anaknya hanya ditemani bapanya untuk menjalani rawatan berkenaan dan perlu berada di hospital sekitar empat hari bagi tujuan tersebut.
"Walaupun agak sedih kerana tidak dapat menemani Aisyah kali ini, demi kesihatannya saya perlu akur," katanya yang baru 13 hari melahirkan puteri keduanya.
Iklan
Che Rosniarma berharap orang ramai dapat membantu Aisyah untuk memiliki mesin TPN sendiri dan tidak perlu lagi bermalam di wad.
Dalam pada itu, Ketua Unit Komunikasi dan Media Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (Kelss) Kelantan, Akidi Hamid berkata, dalam usaha membantu mendapatkan dana diperlukan, pihaknya telah melancarkan tabung khas bagi tujuan berkenaan.
"Alhamdulillah sejak dilancarkan sehingga semalam, sebanyak RM8,875 berjaya dikumpulkan dan kita masih perlukan RM11,125 lagi," katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun CIMB Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial, 8602 4983 68 atau hubungi Akidi di talian 0179404640.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com