Hormati prinsip pengasingan kuasa
Iklan
Tan Sri Mohamad Ariff tegaskan SPRM tidak wajar terlibat dengan siasatan terhadap hakim di dalam negara kerana semua pihak perlu menghormati prinsip pengasingan kuasa.
SHAH ALAM - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dibantah beberapa pihak.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, SPRM tidak sewajarnya terlibat dengan siasatan terhadap tuduhan dan kesalahan yang dikaitkan dengan hakim di dalam negara kerana semua pihak perlu menghormati prinsip pengasingan kuasa.