Tunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar
Iklan
SHAH ALAM - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tular mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri yang didakwa akan disambut pada 2 Mei ini.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, umat Islam perlu menunggu keputusan pengisytiharan yang akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nanti.