Ramadan rapatkan komuniti di seluruh dunia
Iklan
TAHUN ini sambutan bulan Ramadan membawa lebih keceriaan apabila sempadan Malaysia dibuka semula. Buat pertama kali sejak pandemik Covid-19 bermula, ramai keluarga akhirnya dapat berkumpul semula dan lebih banyak bazar Ramadan dibuka.
Kami berterima kasih dengan kempen vaksinasi Malaysia, salah satu kempen yang paling pesat dan berjaya di dunia, dan kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam usaha Malaysia memerangi Covid-19.