‘Jangan ambil mudah potensi tsunami kaum Cina enggan undi PRU15’
Iklan
KEPIMPINAN Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa tidak mengambil mudah kemungkinan berlakunya fenomena tsunami pengundi Cina yang tidak akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kebimbangan senario itu bakal menjadi realiti adalah rentetan hasil keputusan kaji selidik pihaknya termasuk dua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, bermula Februari lalu.