Kota Bharu, Kuching, KK destinasi paling laku keras musim raya
Iklan
SHAH ALAM - Semua rakyat Malaysia lebih bersemangat menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah dua tahun tidak boleh pulang ke kampung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lebih bermakna apabila kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) dengan membenarkan orang ramai merentas negeri dan mereka mengambil kesempatan itu dengan membeli tiket penerbangan sejak awal bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.