Kuala Langat, Ampang, Gombak, Pandan kawasan panas
Iklan
SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sudah kenal pasti 28 lokasi 'panas' sempena pemilihan pemimpin peringkat cabang dan merebut jawatan tertinggi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula 13 hingga 22 Mei ini.
Pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, Selangor menjadi negeri mempunyai paling banyak kawasan 'panas' kerana menyaksikan jawatan Ketua Cabang ditandingi oleh lebih tiga calon pada pemilihan PKR kali ini.