Gagal adaptasi budaya tempatan punca Rohingya sukar diterima
Iklan
SHAH ALAM - Kegagalan segelintir etnik Rohingya khususnya yang baru memasuki Malaysia untuk beradaptasi dengan budaya tempatan menjadi faktor rakyat negara ini sukar menerima kehadiran mereka.
Pengkaji Sosiologi dan Budaya Rohingya, Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya, Dr Azlinariah Abdullah berkata, bagaimanapun tidak semua etnik tersebut gagal berbuat demikian kerana hasil kajian dijalankannya menunjukkan ramai yang telah berjaya berasimilasi dengan budaya tempatan.