Bila terbiasa rujuk kalendar kuda
Iklan
MALAYSIA selamat menyambut 1 Syawal pada 2 Mei lalu. Ramai yang tidak jangka kerana berpuluh tahun rakyat Malaysia terbiasa tarikh hari raya sama seperti tercatat di kalendar di rumah masing-masing.
Tarikh yang diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, itulah yang tercatat di kalendar. Malah ada juga suara yang mengatakan"tidak tengok pengumuman pun tak apa, tarikh raya mesti sama dengan kalendar kuda”.