Hantar ke negara ketiga tak selesai isu pencerobohan warga Rohingya
Iklan
ALOR SETAR - Pelarian Rohingya bersedia untuk dihantar ke negara ketiga bagi mengatasi masalah kesesakan etnik itu dalam negara ini, namun tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini secara haram.
Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Kedah, Yusof Ali berkata, perkara itu memerlukan perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama berlarutan sehingga etnik itu ‘terperap’ terlalu lama di depot tahanan di negara ini.