'Terma penyelesaian kes saman sivil antara kerajaan dan Mohamed Apandi perlu didedahkan'
Iklan
SHAH ALAM - Rakyat Malaysia termasuk Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhak mempersoalkan tindakan kerajaan membayar RM2.23 juta kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai pampasan saman sivil berhubung pemecatannya sebagai Peguam Negara, ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) kerana melibatkan penggunaan dana awam.
Peguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata, terdapat tiga perkara perlu difahami orang awam dan khususnya Mohamed Apandi dalam isu bayaran pampasan berkenaan termasuk pertama Dr Mahathir berhak membantahnya kerana beliau dinamakan sebagai defendan dalam kes saman sivil terbabit.