Terkena jangkitan selepas beraya di kampung
Iklan
SHAH ALAM -"Semasa mula-mula kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), anak keempat saya, Abdul Azim Mohd Omar, 4, demam panas dan hilang selera makan. Dalam tempoh dua hari, tumbuh bintik kemerahan dalam mulut (lelangit) kemudian bintik merah itu merebak ke sekeliling mulut,” cerita Noor Wahidah Samsu, 37.
Menurutnya, dalam tempoh itu, seorang lagi anaknya, Ahmad Qayum, 7, dikesan menghidap penyakit sama sebelum dua beradik itu dibawa ke klinik.