ASEAN perlu radikal untuk tamatkan konflik Myanmar
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Konsensus Lima Perkara (5PC) ASEAN yang bertujuan menangani ketidakstabilan di Myanmar adalah permulaan yang baik walaupun percubaan untuk melaksanakannya gagal, kata bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Menurut beliau, 5PC yang dilakukan oleh sembilan pemimpin ASEAN dan telah dipersetujui Ketua Junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing adalah untuk menamatkan pencabulan hak asasi manusia di Myanmar.