Selamat jalan Duterte
Iklan
Duterte akan dikenang sebagai Presiden Filipina yang mengamalkan pemerintahan kerajaan authoritarian dengan diselimuti pelbagai kontroversi termasuk pembunuh berpuluh-puluh ribu orang yang didakwa pengedar dadah.
PRESIDEN Filipina ke-16, Rodrigo Duterte yang terkenal dengan sikapnya yang bermulut lancang dan 'perang' ganas terhadap dadah akan menamatkan penggal pemerintahannya sebagai pemimpin negara itu pada Jun depan.
Duterte, 77, merupakan bekas Datuk Bandar Davao iaitu bandar raya kedua terbesar di Filipina tetapi paling besar di Pulau Mindanao yang dihuni oleh majoriti penduduk Muslim di negara itu dari tahun 2013 hingga 2016.