Sri Lanka semakin huru-hara
Iklan
Penunjuk perasaan lancar serangan balas, bekas Perdana Menteri larikan diri
COLOMBO - Pasukan tentera lengkap bersenjata terlibat pemindahan bekas Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dari kediaman rasminya di Colombo pada Selasa setelah ribuan penunjuk perasaan bertindak merempuh pintu utama sehari selepas beliau meletak jawatan.
Situasi semakin meruncing selepas kumpulan protes berkenaan cuba menyerbu masuk ke kediaman dua tingkat ‘Temple Trees’ tersebut yang menjadi ‘tempat persembunyian’ Rajapaksa bersama keluarganya.