Audit forensik perlu untuk perincikan penyelesaian
Iklan
Pakar ekonomi berpendapat audit itu untuk kenal pasti masalah dihadapi SEB sebelum kerajaan buat keputusan untuk bail out
SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan audit forensik boleh dilakukan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh Sapura Energy Berhad (SEB) sebelum kerajaan membuat keputusan untuk bail out syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar di dunia itu.
Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Firdausi Suffian berkata, pihak berkenaan perlu memperincikan penyelesaian kepada permasalahan yang timbul sehingga mengakibatkan syarikat itu berdepan dengan krisis kewangan.