Rakyat bimbang kempunan ada rumah sendiri
Iklan
Orang ramai risau kemungkinan bekalan rumah mampu milik kurang
SHAH ALAM - Orang ramai melahirkan kerisauan terhadap kemungkinan berkurangnya penawaran rumah mampu milik susulan peningkatan harga bahan binaan.
Seorang pekerja sendiri dari Kampar, Perak, Nur Khairunnisa Abd Khalil, 28, berkata, golongan B40 adalah yang paling terkesan susulan situasi tersebut.