Kesan pindaan Perlembagaan UMNO
Iklan
AWANG dengar macam-macam komen tentang pindaan Perlembagaan UMNO yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung Khas minggu lepas. Bukan orang ramai sahaja yang bercakap, tetapi pemimpin UMNO sendiri. Pindaan itu diluluskan sebulat suara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Bagus sangatlah semangat setia padu UMNO dalam soal ini. Tapi bagi pemerhati politik, banyak yang bertanya apakah keperluan pindaan itu pada masa ini.
Umum tahu bahawa pemilihan pucuk pimpinan UMNO sudah lama tertangguh. Nampaknya dengan pindaan ini, terus kekallah pimpinan sedia ada sampai enam bulan selepas pilihan raya umum.