Kerajaan kaji laksana subsidi elektrik, bahan api bersasar
Iklan
Tiada kaedah sempurna bagi subsidi bersasar tetapi kerajaan harus mencuba sedaya upaya mengurangkan ketirisan dan membantu mereka memerlukan
MEKANISME pengagihan subsidi kepada rakyat terus diperdebatkan kerana wujud pandangan ia perlu diperkemaskan agar tidak berlaku ketirisan yang bakal menyebabkan kerugian kepada perbelanjaan negara.
Tidak kurang juga ada pihak yang mencadangkan agar subsidi seperti petrol dan elektrik diberikan mengikut keperluan rakyat atau lebih tepat mengikut kumpulan pendapatan.