RUU Sumbangan Politik: PM perlu panggil mesyuarat khas
Iklan
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya memanggil satu mesyuarat khas dalam kalangan parti politik bagi membincangkan mengenai Pelaksanaan Dasar Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat khas itu bagi membolehkan perbincangan tentang butiran perkara-perkara yang perlu diletakkan dalam RUU Sumbangan Politik berkenaan.