Siapa di depan, siapa ketinggalan?
Iklan
Dengan Pemilihan PKR 2022 menuju hari-hari terakhir pengundian esok, pemimpin manakah yang menjadi pilihan lebih sejuta ahli PKR?
BIARPUN proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum selesai sepenuhnya, namun ramai pemerhati politik berpandangan bahawa Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden berbanding pencabarnya, Rafizi Ramli.
Malah, banyak pihak melihat Saifuddin lebih sesuai menjadi orang kanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dikatakan mempunyai pemikiran dan pandangan yang sealiran dengan Presiden PKR itu.