UMNO perlu buat pemilihan awal jika ...
Iklan
Sehingga kini ahli UMNO dan pemerhatian politik masih menunggu apakah keputusan ROS berhubung status tindakan penangguhan pemilihan parti tersebut
SHAH ALAM - UMNO perlu mengadakan pemilihan secepat mungkin jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) supaya pemilihan parti itu dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tindakan itu perlu kerana UMNO sudah lebih tiga tahun tidak mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti selepas kali terakhir mereka berbuat demikian ialah pada Jun 2018, di mana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden, manakala jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh Datuk Seri Mohamad Hasan.