Malaysia bukan Sri Lanka
Iklan
Rakyat Sri Lanka beratur di stesen minyak bagi mendapatkan minyak tanah bagi kegunaan harian. Berbeza di Malaysia yang mempunyai sumber bahan api, makanan dan bekalan elektrik sendiri yang stabil. - Foto EPA
SRI LANKA berhadapan krisis ekonomi yang sukar dan berada dalam jurang sangat dalam. Negara tersebut berhadapan kejatuhan nilai mata wang, kegagalan membayar hutang, kekurangan bekalan bahan api, elektrik, makanan dan perubatan.
Rakyat Sri Lanka yang berhadapan kelaparan menuju kebuluran sudah hilang sabar lalu keluar di atas jalan raya menuntut pembaharuan politik dan ekonomi.