Kekalkan subsidi bahan api untuk semua
Iklan
Kenaikan harga bahan api memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia daripada B40, M40 hinggalah T20. Gambar kecil: BAHAROM, BAAYAH
SHAH ALAM - Kerajaan disaran tidak mengetepikan golongan berpendapatan sederhana (M40) dan tinggi (T20) dalam pemberian subsidi bahan api bersasar yang mungkin dilaksanakan kelak.
Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa, Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hamid berkata, golongan tersebut yang membayar cukai jalan dan cukai pendapatan dalam jumlah yang tinggi turut terkesan dengan kenaikan harga bahan api di pasaran.