Atasi isu rumah strata di Malaysia
Iklan
KISAH tular artis tidak membayar caj perkhidmatan rumah berstrata bukan isu baharu dalam pengurusan harta berstrata yang menjadi dilema pengurus harta dan pemilik harta di Malaysia. Ramai pembeli ingin beli rumah strata kerana ia memenuhi ‘lifestyle’ kehidupan moden bergaya warga kota kerana rumah yang dibeli dilengkapi fasiliti seperti gimnasium, kolam renang dan rekreasi.
Namun fasiliti yang disediakan bukanlah percuma. Persediaan kewangan perlu diteliti kerana bukan hanya perlu membayar ansuran pinjaman bank bagi pembelian rumah tersebut malah seumur hidup anda perlu bersedia untuk membayar caj perkhidmatan dan 'sinking fund' setiap bulan.