Pas tolak idea PN bergabung dengan PH
Iklan
Kepimpinan parti itu tidak pernah berbincang secara khusus mengenai pembentukan 'khemah besar' bagi menghadapi PRU15
BANGI - Pas berkemungkinan tidak akan menyertai khemah besar bersama parti pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, namun mereka akan terus mempertahankan permuafakatan yang dibentuk bersama Perikatan Nasional (PN) dan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN).
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, setakat ini kepimpinan parti tidak pernah mengadakan perbincangan secara khusus mengenai pembentukan khemah besar bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU15 nanti.