Pas ada 32 tahun selesaikan isu air di Kelantan
Iklan
Mat Taici kecewa apabila pemimpin negeri menyalahkan pembatalan projek 32 tahun lepas oleh UMNO sebagai alasan masalah bekalan air di negeri itu.
AKHBAR Mat Taici hari ini menyiarkan laporan khas mengenai keluhan rakyat Kelantan yang sejak lebih tiga dekad dihimpit kemelut isu bekalan air.
Bekalan air macam 'biskut' kejap ada kejap tidak ada, air berwarna kekuningan akibat paip berkarat dan ada masanya air berbau serta payau.