LONDON - Pemandu trak yang didakwa atas kesalahan berkaitan kematian 39 warga Vietnam yang ditemukan mati dalam kontena peti sejuk di Britain bulan lalu mengaku salah hari ini kerana berkomplot dalam membantu pendatang haram tanpa izin.
Maurice Robinson, 25, muncul melalui pautan video di Mahkamah Jenayah Pusat London dari penjara dengan keselamatan tinggi Belmarsh, di tenggara London.