Henti eksport isirung sawit
Iklan
Bagi membolehkan keperluan untuk makanan ayam tempatan dapat dipenuhi
SHAH ALAM - Kadar import jagung boleh dikurangkan dengan menggunakan isirung kelapa sawit (PKC) sebagai bahan makanan ayam.
Pakar Ternakan Ayam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Zulkifli Idrus berkata, negara juga adalah pengeluar PKC kedua terbesar dengan menghasilkan 2.8 juta tan pertanian, namun 94 peratus daripada hasil tersebut adalah untuk eksport.